19 February 2012

LUKISAN

Hidup seperti dalam lukisan .
Bagi aku hidup ni memang tersangat lah mencabar diri aku , macam-macam ragam manusia yang aku kena hadap , dari perkara kecil hingga lah besar . Aku yang mencorak warna lukisan kehidupan aku , aku yang memilih warna yang perlu digunakan untuk mencoraknya , aku juga yang perlu cari di mana aku perlukan pertontonkan hasil karya ku . Semua nya aku .
Tuhan sentiasa memberikan aku hari yang baru untuk memperbaiki lukisan hidup ni . Setiap contengan yang aku telah lakukan adalah satu perkara yang amat membuatkan aku terus ingin menyoroknya dari semua pelukis lain supaya mereka tidak memandang rendah padaku . Aku hanya ingin berkongsi kelebihanku dengan mereka .
Mereka tidak tahu aku seperti apa , bagaimana dan macam mana . Aku hanya melukis apa yang aku inginkan . Mereka tahu diri aku melalui lukisan ku . Mereka adalah sumber inspirasiku untuk terus menghadap kertas lukisan ini . Mereka juga tempat aku mencari tempat supaya aku mendapat ilham baru . Semua itu perlu supaya lukisan aku bertambah cantik dan disukai ramai . Aku perlu membeli perkakas untuk melukis yang baru untuk melukis dengan lebih mudah lagi . Aku harapkan peseni-peseni yang sedia ada untuk berkongsi ilmu bersama mereka . Aku tersangatlah mengharapkan dari mereka . Harapan yang sangat meninggi .
Aku merayu cubalah membalas harapan aku ni , aku terlampau berharap kepada semua . Setiap kali kamu tidak melayan pertolonganku , aku sangat kecewa . Siapa lagi yang mahu memberi aku idea untuk melukis corak yang baru kalau bukan kamu semua . Insyaallah

No comments:

Post a Comment

Klik dan kongsi pendapat korang