24 February 2012

Dialah yang aku puja

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari . Tapi tahukah kita , sebenarnya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita ?Semasa kecil , ibu lah yg lebih sering mendukung kita . Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ? Saat kita sakit atau demam , ayah sering membentak "sudah diberitahu ! jgn minum ais !".  Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau .?? Ketika kita remaja , kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!" . Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita ? Kerana bagi ayah , kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra-putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.. 


Mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu. Sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya. Siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian ?

No comments:

Post a Comment

Klik dan kongsi pendapat korang