27 October 2011

Terima Kasih !


Hye , lama dah update blog sampaikan ada yang siap tanya kenapa tak update blog lagi . Thanks for your concern . Hee ! Actually aku busy sangat dengan rutin harian , biasalah nak dekat final exam ni . Macam-macam nak diuruskan , kejar carrymark , siapkan assignment , jumpa lecturer la itu la ini la . Yang paling penting sekali pikir mana nak carik duit bayar yuran . Dahla college ni suruh bayar yuran dulu baru boleh amik final exam . Ishhh , menyusahkan betul , macam la orang nak lari tak bayar yuran tu . Apa daa . After mama kahwin , start la hidup aku menjadi susah . Actually time wedding mama haritu , ada sesuatu yang telah terjadi kepada aku . Hmmm memang sangat menyedihkan . Bila makcik aku menjatuhkan maruah aku kat depan semua tetamu , ishhh memang sangat memalukan . Apa guna family sendiri sampai sanggup menunjukkan aib kepada orang luar . Tak patut betul , start tu aku dan mama menjadi renggang , bukan renggang la . Mama dah terus buat tak tahu dengan hidup aku . Duit belanja aku pon dia dah tak amik peduli . Apa ntah duit yuran lagi la tak boleh nak cakap apa . Aku memanf susah sangat time tu , rasa nak bunuh diri dan selalu merungut kenapa aku dihadapkan dengan dugaan macam ni . Sedih sangat . Tapi setiap apa yang Allah berikan kepada kita dugaanya , tentu ada jalan penyelesaiannya . Alhamdulillah syukur kepadaNYA , aku still tempat bergantung , tenpat mengadu dan tempat meminta tolong . Kamal , Pakngah dan Makngah dan Nina la tempat aku mengadu nasib . Terima kasih sayang sebab sentiasa berada di sisi I di saat I kesusahan , Pakngah , Makngah , terima kasih kerana tolong pinjamkan orang duit untu bayar yuran tu . Nina , terima kasih sebab kau sanggup dengar luahan hati aku . Kau memang kawan yang baik . Alhamdulillah , sekarang ni aku dah bersedia untuk jawab final exam tu , aku nak tunjukkan kepada semua yang pandang rendah kat aku ni yang aku boleh berjaya tanpa bantuan mereka . Jangan ingat korang sentiasa di atas , silapsilpa satu hari nanti dengan aku jugak korang minta tolong . Ingat tu !

No comments:

Post a Comment

Klik dan kongsi pendapat korang