14 October 2011

Suara hati untuk mama



 
Kenapa dengan aku ? Entah la . Sometimes aku rasa keseorangan kat dunia . Orang lain masing-masing nak keluarkan apa yang dirasa . Nak orang semua tahu apa yang dirasai , apa yang telah dibuat . Aku terfikir , adakah mereka itu sebenarnya melakukan sesuatu hanya untuk dilihat orang lain , ingin dipuji atau senang cerita tak ikhlas la bila melakukannya . Kenapa orang semua tidak memahami hati aku . Ya , sebab aku tidak memberitahu mereka , tapi dengan bahasa tubuh aku ni mungkin mereka dah boleh nampak kot . Time aku sakit , barulah aku nampak siapa yang melayan aku dengan baik . Bagi aku makngah , pakngah dan Kamal yang sentiasa concern tentang keadaan aku . Serius , sekarang ni aku rasa sorang-sorang je kat dunia ni . Mereka tak pernah tanya aku langsung aku rasa apa sekarang ni , apa yang mereka buat . mereka menyuruh aku buat itu dan ini . Aku tahu masing-masing sibuk menyiapkan majlis perkahwinan mama aku tu . Ishhhh , aku tak tahu nak buat apa sekarang ni . Rasa nak balik Bangi je . Memang aku ni kena jaga diri aku sendiri . Bila aku cakap aku dah besar , semua cakap aku kecik lagi . Tapi time sakit macam ni aku minta dilayan macam budak kecik , semua suruh aku layan diri sendiri . Buat aku macam tak wujud je . Entah la , aku pun tak paham . Dah macam tiada siap yang pedulikan aku ni . Baru ini aku mengeluh tentang diri aku . Hmmm semoga mama aku bahagia nanti . Dah tiba masa aku blah dari hidup mama , sekarang ni pon aku rasa aku ni asyik menumpang kasih semua orang , hidup aku dari kecil memang kucar-kacir je . Tak pernah yang tetap . Tak pernah yang mendengar suara aku ni . Aku harap dengan ketiadaan aku nanti akan boleh buat mama aku dan keluarganya bahagia dan senang sentiasa . Apa yang aku tulis ni adalah kerana aku tak tahu nak luahkan pada siapa dah . Yang mereka tahu suruh aku bersabar , biasalah hidup di dunia memang macam ni . Bukan tu yang aku nak , aku cuma perlukan perhatian . Tu je kot . B sayang mama , janganlah buat B macam ni . :(

2 comments:

  1. Po ! tak baik cakap macam tu . Atleast u still have a family. bersyukur je apa layanan nya atleast u hv something than nothing :)

    ReplyDelete
  2. You tak berada di situasi I . I mana ada family U , I ni cuma menumpng kasih sayang dari family orang je . Hmmm

    ReplyDelete

Klik dan kongsi pendapat korang